About Me

My photo
just because i fancy writing; just because i need my space; just because i want to share ...

Sunday, March 15, 2015

BM Thn 4 - Karangan: Faedah Bersukan

Bahan untuk Aidan memperkayakan bahasanya dan membantunya menulis karangan bertajuk "faedah bersukan" menggunakan simpulan bahasa dan peribahasa yang bersesuaian.



Contoh karangan fakta bertajuk Faedah Bersukan (courtesy http://azuralea.blogspot.com/)


          Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

            Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

           Seterusnya, melalui bersukan kita 
dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk. 

          
Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, dan menjadi ayam tambatan pasukan kita, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara. 
Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan. Melalui sukan, dengan mewakili sekolah, daerah, negeri mahupun negara, kita boleh menimba perlbagai ilmu dan pengalaman. 

Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah. Seperti bidalan peribahasa harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.


          Bersukan juga boleh memupu semangat setiakawan yang tinggi untuk meraih kejayaan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kita sepasukan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjining. Sekiranya kita mendapat kejayaan, sagu hati yang diterima pasti memberangsangkan. 
        Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.
        

6 comments:

  1. karangan yg bgus. maaf ya sye dah ambil krangan awak untuk dijadikan rujukan peperiksaan. alhmdulillah, cg kata karangan ini amat padat debgan bahasa ii dan mklumat yg betul btw thnksss

    ReplyDelete
  2. gooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooood

    ReplyDelete
  3. Bagus nya karangan ni:))..terima kasih sya boleh rujuk semua ni

    ReplyDelete