About Me

My photo
just because i fancy writing; just because i need my space; just because i want to share ...

Sunday, March 8, 2020

Seloka Pantun Hari Guru

Pantun untuk Guru daripada Parents Khalifah Model School untuk Hari Guru 2018

Assalamualaikum pembuka bicara
Jenuh pikir macam mana nak mula
Bukan membawang bukan mengata
Sekadar hanya bersuka ria

Lagi seminggu nak sambut Teachers’ Day
Mak-mak kalut, takde benda nak display
Niat nak happy, not to panic and sedih
We’ll just do what we do best, berceloteh

Ini cerita sekolah Khalifah
Pengetua dia Datin & Hajah
Tchr Shomi peramah bukan pemarah
Kami buat senyap, dia rilek je tak gelabah.
 
My daughter tell me her English teacher is Tchr Lin
So santai, sempoi and very comforting
Just don’t forget to submit your essay writing
Or else there’ll be no recess, you are staying in

Taiko year six, Ustaz Syidi nama diberi
Ajar subject paling mencabar sekali
Swafoto tak pernah, hanya berselfie
Pasrahlah cikgu, don’t worry be happy

Awek  Ustaz Syidi namanya Tchr Yati
Suka duka sama-sama berkongsi
Sudah takdir tersurat dari Ilahi
Yakin dan pasrah setiap manusia pasti diuji

Ustaz Insan pun cikgu year six tahun ini
Baru jadi suami, insyaalah, dah nak berbaby
Itu pun andaian lepas stalk dia punya FB
Ada orang tag dia expo baby kat Midvalley

Teacher Huda tegas dalam lembut orangnya
Apalah khabar apalah berita
Dah about time mula berpantang ke atau masih tertanya-tanya
Apa-apa pun kami doakan selamat semuanya

Tau tak mommies ada teacher yang tak makan daging?
Dengar kata telur pun she won’t be eating
Nama kat FB sangatlah daring
For whatever, Tchr Ayu, you are a darling!


Ada tak parents yang kenal adik Tcr Ayu?
Bila bertemu, tunduk tersipu
Tanda hormat, bukan pemalu
Tchr Nurul nama diseru

Ustaz Mokhtar talented orangnya
Macam-macam boleh, bukan mengajar saja
DJ dia mampu, nak takaful pun cari je dia
Ustaz, ni kami dah promote, komisen nanti kita kira

Cikgu DJ takkan kemana
Sebab buah hatinya sama tempat kerja
Kecil molek Teacher Atiqah orangnya
Biarpun kecil, sifir 58 dalam kepala

Sentiasa macho, Ustaz Ahmad namanya
Dalam macho-macho, berseni orangnya
Bila berkalam jamaie, semangat membara
Gigih melatih, tekun sentiasa

Bila time nak register kelab dan sukan
Time tu lah semua pakat tanya contact no tokan
Ustaz Syafiqlah orangnya tak lain tak bukan
Anak saya dah boleh join futsalkan, tahun depan?

Teringat pulak Tchr Mahfudzah
Paling rajin bagi kerja sekolah
Mak-mak seronok anak-anak mentelaah
Tapi banyaknya, student tabah dan pasrah

Yang hero Ustaz Azim, yang sado Ustaz Fadhli,
Sungguh sabar harus dipuji
Tak jemu-jemu mendidik anak-anak mengaji
Ilmu bekalan di kemudian hari

Kalau nak bercerita perihal Tchr Fadillah
Seperenggan pantun memang tak kesudah
Kesayangan sisters-sisters di sekolah
Sabar melayan pelbagai kerenah

Teacher Wani tak kurang jugak hebat
Bila mengajar sungguh bersemangat
Semoga students sentiasa ingat
Segala ilmu, di dada tersemat

Disember lepas dia menikah
Tak lain tak bukan Teacher Hazirah
Tanyalah students bila Teacher marah?
Mesti jawabnya ‘entahlah mama. Macam tak pernah!’

Their cerita became the talk of the month
Pandai betul mereka menyimpan
Tau-tau sudah disatukan
Ust Khairul & Tchr Nadzirahlah, tak lain tak bukan

Terhias indah dewan assembly
Ceria dan halus, berseri-seri
Hasil nukilan tangan berseni
Kalau tak Tchr Intan, siapa lagi?

Nak mendidik Yr 1 sangat mencabar
Tchr Azimah sangatlah penyabar
Melayan kerenah setiap pelajar
Jasamu teacher, tidak terbayar

Kami sering tertanya-tanya
Ada teacher tak dipanggil teacher
Mualimah Hanini panggilan manja
Pastinya istimewa di hati semua

Ada 3 orang cikgu baru
Tchr Ain, Tchr Iefa, Ustaz Q
Mereka maintain malu-malu
Don’t worry, tahun depan kita tunggu!

Maafkan segala gurau senda
Jangan disimpan kalau terasa
Kami cuma nak berseloka
Tanda terima kasih tidak terhingga

Duhai cikgu yang kami kasihi
Jasa kalian teramatlah tinggi
Tidak terbalas segala budi
Hanya Allah mampu memberi
Syurgalah balasan doa kami



 

No comments:

Post a Comment